Latihan ICT (Kuiz Teka Silang Kata Klik Dengan Bijak (KDB)

9 November 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 8 November 2015, Ahad, Pusat Internet 1 Malaysia Kg Semuba telah mengadakan kelas latihan ICT kepada pelajar Menengah Rendah tentang Kuiz Teka Silang Kata KDB). Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang KDB. Selain itu, kuiz ini juga untuk memenuhi masa lapang pelajar yang datang ke sini untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Dengan adanya kuiz seperti ini, pelajar dapat santai menjawab soalan yang diberikan tanpa ada rasa tertekan dan dapat menarik minat pelajar untuk melakukan aktiviti berfaedah seperti ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas